Thursday, July 22, 2010

......alangkah bagusnya....

Selalunya apa yang kita impikan memang susah untuk kita capai dan dapat.Selalunya sebagai manusia kita semua memang impikan kebahagiaan dan kesenangan. Memikirkan kebahagiaan orang lain,mengutamakan perasaan orang lain itulah selalunya terjadi didlam kehidupan kita. Kita kadang2 terpaksa buat keputusan berdasarkan apa yang difikirkan patut kita lakukan walaupun kadang2 keputusan yang kita buat itu tak pasti betul atupun tidak.

Selepas melakukan apa yang patut kita lakukan berserah pada Yang Maha Esa dengan harapan Allah taala itu adalah yang Maha Mengetahui dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segalanya tentang apa yang Allah tentukan dalam Qada dan Qadarnya.

Bila kita impikan rama-rama yang cantik yang boleh terbang bebas diangkasa tapi Tuhan beri pada kita ulat yang tak cantik....saat dan ketika itu kita kecewa dan sedih.......namun kita tidak mengetahui hakihatnya ulat itu bertukar menjadi rama2 yang cantik.

Begitulah bertapa indahnya kehidupan ini jika kita tahu menikmatinya.Apa yang kita impikan kekadang Dia tidak memberi pada apa yang kita minta namun jauh dari sudut yang sebaliknya Tuhan telah mengatur dan sedang mengatur sesautu yang terbaik dalam kehidupan kita.

Tuesday, July 6, 2010

Ingatkah kita.......

Kadang-kadang sebagai manusia kita lupa apabila senang bahawa ada masanya kita akan susah,lupa bila sihat kerana ada harinya kita jatuh sakit...kita lalai dengan kesoronokkan disaat kita seronok ada insan yang lain sedang sedih dan berduka. Bukan kita tidak boleh menikmati kesenangan dan kesoronokkan tapi kadang2 kita lupa ada insan lain yang memerlukan kita pada saat itu....itulah kehidupan tapi perlu kita ingat apa yang kita nikmati tidak akan kekal......ini semua adalah sementara dan juga tidak kekal...

Wednesday, June 23, 2010

Kubahagia

...hati...

Allah telah memberi hati kepada kita bagi merasai nikmat kehidupan ini. Kadang-kadang bila ada hati yang tidak mempunyai perasaan maka terjadilah penderaan,kemarahan,pembunuhan dan macam2 lagi sikap manusia yang akan merosakkan dunia yang Allah taala cipta ini.

Memang benar kata-kata pujangga IKUT RASA BINASA,IKUT HATI MATI....tapi adakah kata-kata sebegini boleh kita jadikan iktibar atau sekadar untuk kita mengagungkan kata-kata ini yang dilabel sebagai kata pujangga sahaja?

Tepuk dada tanyalah selera.......

Tuesday, June 22, 2010

Sebagai muhasabah diri...

Pengalaman yang dilalui walaupun perit sesungguh ia tak ternilai oleh wang ringgit. Pengalaman banyak memberi kita erti kehidupan agar kehidupan yang akan ditempuhi akan lebih mematangkan diri kita. Setiap keperitan dan kesedihan perlu ditempuhi kerana walaupun payah untuk menerima kenyataan tapi itulah realiti kehidupan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap kejadian akan bakal kita empuhi.
Begitu jugalah dalam erti kasih sayang yang sebenarnya. Sesungguhnya bukan mudah untuk menyayangi ......dan tak semestinya menyayangi akan disayangi.
begitulah kehidupan...selagi Allah taala memberi kesempatan kepada kita untuk bernafas dimuka bumiNya ini jadi pergunakanlah masa yang ada untuk menyayangi agama,bangsa,negara,ibubapa,saudara2,sahabat,kekasih,atau sesiapa sahaja yang memberi makna didalam kehidupan kita.