Wednesday, June 23, 2010

Kubahagia

...hati...

Allah telah memberi hati kepada kita bagi merasai nikmat kehidupan ini. Kadang-kadang bila ada hati yang tidak mempunyai perasaan maka terjadilah penderaan,kemarahan,pembunuhan dan macam2 lagi sikap manusia yang akan merosakkan dunia yang Allah taala cipta ini.

Memang benar kata-kata pujangga IKUT RASA BINASA,IKUT HATI MATI....tapi adakah kata-kata sebegini boleh kita jadikan iktibar atau sekadar untuk kita mengagungkan kata-kata ini yang dilabel sebagai kata pujangga sahaja?

Tepuk dada tanyalah selera.......

Tuesday, June 22, 2010

Sebagai muhasabah diri...

Pengalaman yang dilalui walaupun perit sesungguh ia tak ternilai oleh wang ringgit. Pengalaman banyak memberi kita erti kehidupan agar kehidupan yang akan ditempuhi akan lebih mematangkan diri kita. Setiap keperitan dan kesedihan perlu ditempuhi kerana walaupun payah untuk menerima kenyataan tapi itulah realiti kehidupan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap kejadian akan bakal kita empuhi.
Begitu jugalah dalam erti kasih sayang yang sebenarnya. Sesungguhnya bukan mudah untuk menyayangi ......dan tak semestinya menyayangi akan disayangi.
begitulah kehidupan...selagi Allah taala memberi kesempatan kepada kita untuk bernafas dimuka bumiNya ini jadi pergunakanlah masa yang ada untuk menyayangi agama,bangsa,negara,ibubapa,saudara2,sahabat,kekasih,atau sesiapa sahaja yang memberi makna didalam kehidupan kita.